Saturday, May 30, 2015

Percampuran / mixture



Apa itu ikhtilat? Sejenis kuih kah? Aku tidak pernah dengar pun. Penting ke benda tu? Arghh whatever ~ bukannya ada kaitan dgn aku pun. 

Mungkin ade segelintir daripada masyarakat hari ini masih tidak tahu menahu tentang ikhtilat lalu terus mengendahkannya. Tidak ingin ambil tahu. Aku ingin berbahas tentang perkara ini kerana aku baru sahaja dikhabarkan dengan berita sepasang pelajar drpd sekolah mak aku telah dibuang oleh kerana perbuatan yg tidak bermoral yg dilakukan di dalam tandas. Aku yg dengar ni pun dah meremang bulu roma. Pelajar tingkatan 4 baru. Dan lelaki tu bercadang nak berkahwin dgn perempuan itu cuma that girl taknak. Kalau ikut logik mmg dia taknak lah sbb nanti dia susah nak sambung belajar apa semua. Ok fine time awak buat semua ni awak tak fikir akibat dia kan? 

Actually tak boleh nak salahkan dia 100%. Banyak sangat faktor yg mendorong mereka dan bagi aku ikhtilat ni merupakan salah satu faktor. Allah dah bagi panduan yg jelas tentanv hal ni tapi kita masih melanggarnya, akibat kita tanggung sendiri lah. Sekolah, sekolah sebenarnya yg menggalakkan ikhtilat ni. Kita fikir mereka ini masih budak2 so takpelah. Tapi kita tak sedar mereka lah remaja yg sedang meningkat dewasa dan mengalami perubahan emosi, fizikal dan segalanya. Nak rebel memanjang kalau boleh. Bila dah jadi perkara tak diingini, terus menyalahkan pelajar sepenuhnya. Tanpa muhasabah salah sekolah juga. 

Seperti ayat2 dalam gambar di atas. Kita seronok melakukan ikhtilat, kita diperdaya oleh syaitan. Kalau tak teruk sikit pun jadilah. Setakat borak2 kat kafe, jumpa kat belakang kelas, apatah lagi jumpa kat luar. Semua itu mendorong ke arah penzinaan tanpa kita sedari. Kita rasa ianya dosa kecil, tapi adakah begitu? Sungguh ia akan membawa masalah yg sangat besar. Hati kau akan tersentuh, terlalai lalu terbawa hingga ke alam perkahwinan, seterusnya membawa ke arah penceraian. Nauzubillah. Jangan kau fikir benda yg kecil itu tidak mempunyai akibat yg besar. 

Ok tutup cerita pasal tu, but aku nak lah kaitkan dgn cara hidup aku. Ramai tanya cuti ni tak kerja ke? Lama kot kat rumah takkan mereput je? Well dalam sudut hati aku mmg nak kerja, nak cari duit sbb taknak susahkan my mum. Tapi apakan daya, perempuan zaman sekarang ni lebih sesuai lah duduk di rumah. Bg aku selain kerja sambilan as cikgu, takde dah kot kerja yg okay. Kalau ade pun susah la nak cari yg betul2 menjaga kita. So i think aku lebih rela duduk di rumah dan menjadi surirumah yg bujang. Haha. Sebabnya aku takdr bakat nak jd ckg, takut kena buli dgn anak murid je nanti kuikui. Then, bila kawan ajak keluar, my mum akan tanya macam2. Dengan siapa? Ke mana? Buat apa? Berfaedah ke tidak? Haa semua tu akan ditanya. Kalau ade lelaki mmg jawapan takpayah tanya dah tau. It's never and no. Sebaik mana pun lelaki tu kalau takde ikatan mmg dalam mimpi jela ye. N kalau alasan nak jalan2 shopping semua esp ke bandar melaka, i think it's no jugak. Kalau cakap reunion ke apa or jumpa kawan lama baru okay kot. Sebab she doesnt want me to waste my time. And taknak org tgk anak dia merayau2 kat bandar tanpa tujuan. Thats how my mum take care of me. Prevention is better than cure. 



My story not yours :) Thankyou !

0 Critism (;:

Post a Comment

COPYRIGHT HAJAR HUMAIRA RAMLAN :)