Monday, June 15, 2015

Hubungan

Couple. 

Do we really need to couple? I mean couple in a haram relationship, not married one. Or maybe we say couple islamik. Islamik gittuw. I dah cop you jd bakal wife i, so you jangan cari orang lain tau. But tak tunang pun. Family pun tak berjumpa lagi untuk ikat tali perikatan apa2. Jamin ke hubungan tu nanti sampai ke alam perkahwinan? Mcm mana nanti kau jodoh dgn orang lain? Tak ke nanti terkenang bekas kekasih tu dan mungkin jugak kau akan menduakan suami atau isteri yg telah dimiliki dan kembali kepada bekas kekasih. Teruk bukan? 

Remaja zaman sekarang mmg lain sangat. Remaja zaman aku. Aku juga termasuk dalam golongan itu. Bak kata my sis, "zaman kau ni ramai yg menggatal time muda2 lagi. Time aku dulu semua fikir belajar je. Takde fikir nak kawen2 ni sume."
Sentap gak ah bila dengar tu. Then aku fikir balik, betul jugak kata2 dia tu. Sebab perkahwinan itu bukan suatu yg mudah. Tapi aku tak nafikan lah kalau dah memang jodoh awal like my mum at 20 y/o dah jumpa my dad and terus kawen while studying sebab dah jodoh kan. Allah yg tentukan itu semua. But aku tak setuju bila umur belasan lagi dah fikir siapa bakal suami atau isteri, nak kawen umur berapa and blabla. Sedangkan umur muda remaja ni lah kena fikir pasal ummah, study, peranan remaja dan banyak lagi. Seperti Sultan Muhammad AlFateh pd umur 19 tahun dah takluk kota Konstantinopel. Sedangkan kita? Apa je yg kita dah sumbangkan? We need to be matured about this. 

Then, bila tengok ramai kawan sebatch kita atau lebih muda dari kita yg nikah, mulalah rasa tercabar. Included me la sometimes hanyut jugak. Bukan apa cuma terkejut but aku malas nak amik kisah sgt pun. Setiap orang Allah dah tentukan dgn sebaik2 kententuan. So buat apa kita nak risau? Tak perlulah nak bongkarkan kisah hidup org lain jika sirah Rasulullah pun kita tak khatam lg. Siapa kekasih kita? Rasulullah bukan? Adakah kita tidak mahu bersama Baginda di syurga nnti? Tepuk dada tanya iman. Astaghfirullahalazim. Cukup2 lah kita mengata orang lain. Dia yg dapat pahala free, kita dapat dosa free jugak. 

Perkahwinan itu bukan sekadar suka-suka. Ia datang bersama tanggungjawab yg sangat besar. Apa kita nak jawab depan Allah nanti kalau kita tak jalankan amanah itu dgn sebaiknya? Sebelum fikir kan kesenangan semata2, fikir dulu kesusahan di dalamnya. Sediakan diri sepenuhnya dan baru lah berfikir ke arahnya. Dont follow others. It's you. Kun anta gituu. Jadi diri sendiri ni bukan ikut kepala kita je. Tp ikut syariat yg Allah dah tetapkan. Mental dan fizikal ready seperti yg sepatutnya. Agar rumah tangga kita nanti kukuh walau dilanda ribut badai sekalipun. Yg dah berkahwin muda tu kita doakan kebahagiaan mereka, doakan mereka mampu meneruskan kehidupan baru dan dapat melahirkan serta mendidik generasi Al-quran pd masa akan datang. Amin. It's not an easy task. Ibu bapa adalah contoh terbaik buat anak2. So ibu bapa mestilah terdidik dahulu. Before get married, never give any hopes to others. It hurts, really. And never create sweet memories with other ajnabi. Like people said, memory never dies. Nanti sampai ke tua dok ingat memory tu semua. Mungkin jugak akan menjejaskan rumah tangga. Nauzubillah. Buang yg keruh ambil yg jernih. It's never too late to change. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yg sentiasa bertaubat :)

Maaf di atas segala ketelanjuran kata. Sesungguhnya diri yg menulis ini memberi peringatan kpd diri sendiri. Fii amanillah. Adios. 



My story not yours :) Thankyou !

0 Critism (;:

Post a Comment

COPYRIGHT HAJAR HUMAIRA RAMLAN :)