Thursday, July 16, 2015

Selamat hari raya :)

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada para pembaca yg sudi membaca blog cikai ni daripada penulis yg tidak berpengalaman seperti saya. Ampun kan segala salah silap sepanjang saya berblogging dan harap tiada yg simpan dalam hati. 

Pesanan saya, hargai lah yg tersayang sementara masih ada di sisi. Apabila mereka sudah tiada, hari raya lah yg paling akan terasa sekali. Perginya mereka tidak akan kembali namun kita masih perlu meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Lillahi taala. Ingatlah yg tersayang sewaktu memandu pulang ke kampung dan gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara saudara mara yg berada di depan mata bukan dgn manusia yg berada di dalam gadget sahaja. 

Selamat bergembira dan jangan lupa beistiqamah seperti bulan Ramadhan yg lalu. Adakah kita berjaya menjadi pelajar lepasan madrasah ramadhan kelas pertama? 

Taqabbalallahu minna waminkum :) Maaf zahir dan batin!



My story not yours :) Thankyou !

0 Critism (;:

Post a Comment

COPYRIGHT HAJAR HUMAIRA RAMLAN :)